1) http://diarike.blogspot.com/2009/07/kerajaan-abbasiyah.html
Laman ini merupakan laman dari blogger. Penulis memaparkan tentang sejarah Bani Abbasiyah secara ringkas. Laman ini juga meceritakan bagaimana kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah dan menyebabkan kerajaan Islam ketika itu dapat ditawan. Laman ini boleh dijadikan rujukan.
2) http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/01/28/kerajaan-bani-abbasiyah-sepintas-lalu/
Laman web ini dibina melalui wordpress. Laman ini secara keseluruhannya membincangkan berkaitan bagaimana munculnya kerajaan Bani Abbasiyyah dan perlusaan jajahan. Ianya juga menceritakan tentang kongflik yang berlaku kepada kerajaan ini dan menyebabkan musuh Islam mudah membuat peranncangan untuk menghancurkan Islam dan akhirnya kerajaan ini jatuh ditangan tentera Mongul. Laman ini sesuai dijadikan rujukan. Ianya akan menjadi lebih menarik jika penulis meletakkan gambar atau audio.
3) http://pembinakl.com/archives/331
Laman ini merupakan laman yang hanya memaparkan tentang kronologi Kerajaan Abbasiyah. Dari bermulanya pada tahun 752M iaitu era pemulaan kerajaan ini sehinggalah pada tahun 1258 iaitu ketika mana tentara Mongul menyerang tentera Islam di Baghdad sehingga jatuhnya kerajaan ini. Laman ini tidak mempunyai kisah sepenuhnya dengan mendalam dan juga tidak terdapat audio. Satu gambar telah diletakkan. Laman ini sesuai jika pembaca ingin mengetahui tarikh peristiwa-peristiwa yang berlaku.
4) http://islamabbasiyah.blogspot.com/
Kajian seterusnya adalah mengenai Tamadun Islam Kerajaan Bani Abbasiyah. Laman yang tertera di atas merupakan laman yang dibina melalui Blog. Penulis cuba menerangkan tantang latar belakang kerajaan Abbasiyah ini. Ianya boleh untuk rujukan ringkas. Akan tetapi penulis hanya menumpukan kepada perkembangan pendidikan pada zaman ini. Bagitu juga terdapat kelemahan dalam penulisan ini dari segi ketepatan dan keteperincian. Begitu juga dari segi imej dan audio. Blog ini akan lebih menarik jika penulis memaparkan gambar-gambar peninggalan sejarah yang berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment