WEB BLOG
this site the web

Laman Web Khulafa' al-Rasyidin

1) http://komunitasdosen.wordpress.com/2008/04/25/sistem-pemerintahan-sebuah-analisa/

Laman ini merupakan laman web berbahasa Melayu Indonesia. Ianya boleh dijadikan sebagai rujukan dan maklumat tambahan tentang Sejarah Tamadun Islam atau lebih spesifik lagi tentang system pemerintahan Khulafa al-Rasyidin secara menyeluruh dan berperingkat mengikut ketamadunanya. Akan tetapi ianya mempunyai limitasi dari segi kejelasan bahasa. Ada beberapa penggunaan bahasa Indonesia yang sukar difahami.



2) http://tasmira.blogspot.com/2008/05/tamadun-islam-zaman-khulafa-al-rasyidin.html


Laman ini merupakan laman dari blogspot. Laman ini juga membincangkan tentang zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Ianya membincangkan bebera aspek penting dalam pembangunan Negara dari segi Pentadbiran, Struktur Organisasi Pentadbiran, Tahap Kemajuan Negara, Kasan Kemajuan Pentadbiran, Ekonomi, Politik, Cara Perlantikan Pemimpin dan sebagainya. Ianya boleh dijadikan rujukan dan panduan. Tetapi laman ini mempunyai limitasi atau kelemahan seperti tidak mempunyai Video yang barkaitan atau gambar sebagai bahan tambahan.

Laman Web Kerajaan Bani Umaiyyah

1) http://husnakun.wordpress.com/2008/02/14/penyebaran-islam-setelah-khulafaur-rasyidin-bani-umayyah/

Laman seterusnya tantang Bani Umayyah ini adalah laman yang dibina menerusi Blog. Laman Ini sangat ringkas. Tidak mempunyai Widget yang dapat memberikan tarikan. Laman ini mempunyai pautan video tetapi tidakterdapat apa-apa video di situ. Imej atau gambar berkaitan juga tiada. Dan pada pandangan saya blog ini perlu diharmonikan. Terdapat berbagai-bagai widget yang telah di upload. Disamping itu terdapat kesukaran dalam memahami beberapa perkataan kerana blog ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa Indonesia. Akan tetapi penulisan ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.


2) http://www.sabah.edu.my/cwm010/baniumaiyah.htm

Kita pergi kepada skop yang kedua iaitu Kerajaan Banu Umayyah. Laman yang dipaparkan diatas merupakan laman daripada portal pendidikan di Sabah. Laman ini boleh dijadikan rujukan. Ianya tersusun dan berperingkat. Akan tetapi ada beberapa aspek kelemahan yang mana ianya tidak menerangkan dengan lebih jelas dan lebih kepada poin atau perristiwa besar sahaja. Ianya juga tidak mempunyai imej dan video sebagai paparan tambahan.

Laman Web Kerajaan Bani Abbasiyyah

1) http://diarike.blogspot.com/2009/07/kerajaan-abbasiyah.html

Laman ini merupakan laman dari blogger. Penulis memaparkan tentang sejarah Bani Abbasiyah secara ringkas. Laman ini juga meceritakan bagaimana kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah dan menyebabkan kerajaan Islam ketika itu dapat ditawan. Laman ini boleh dijadikan rujukan.


2) http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/01/28/kerajaan-bani-abbasiyah-sepintas-lalu/

Laman web ini dibina melalui wordpress. Laman ini secara keseluruhannya membincangkan berkaitan bagaimana munculnya kerajaan Bani Abbasiyyah dan perlusaan jajahan. Ianya juga menceritakan tentang kongflik yang berlaku kepada kerajaan ini dan menyebabkan musuh Islam mudah membuat peranncangan untuk menghancurkan Islam dan akhirnya kerajaan ini jatuh ditangan tentera Mongul. Laman ini sesuai dijadikan rujukan. Ianya akan menjadi lebih menarik jika penulis meletakkan gambar atau audio.


3) http://pembinakl.com/archives/331

Laman ini merupakan laman yang hanya memaparkan tentang kronologi Kerajaan Abbasiyah. Dari bermulanya pada tahun 752M iaitu era pemulaan kerajaan ini sehinggalah pada tahun 1258 iaitu ketika mana tentara Mongul menyerang tentera Islam di Baghdad sehingga jatuhnya kerajaan ini. Laman ini tidak mempunyai kisah sepenuhnya dengan mendalam dan juga tidak terdapat audio. Satu gambar telah diletakkan. Laman ini sesuai jika pembaca ingin mengetahui tarikh peristiwa-peristiwa yang berlaku.


4) http://islamabbasiyah.blogspot.com/

Kajian seterusnya adalah mengenai Tamadun Islam Kerajaan Bani Abbasiyah. Laman yang tertera di atas merupakan laman yang dibina melalui Blog. Penulis cuba menerangkan tantang latar belakang kerajaan Abbasiyah ini. Ianya boleh untuk rujukan ringkas. Akan tetapi penulis hanya menumpukan kepada perkembangan pendidikan pada zaman ini. Bagitu juga terdapat kelemahan dalam penulisan ini dari segi ketepatan dan keteperincian. Begitu juga dari segi imej dan audio. Blog ini akan lebih menarik jika penulis memaparkan gambar-gambar peninggalan sejarah yang berkaitan.

Laman Web Kerajaan Islam Andalus

1) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-70190.html


Laman ini juga sama seperti yang sebelum ini tentang pengisiannya. Akan tetapi laman ini mengaitkan tentang peristiwa 1 April yang mana pada ketika itu Umat Islam telah dibunuh beramai-ramai dengan menggunakan tipu daya. Laman ini sesuai dijadikan bahan bacaan. Akan tetapi jika ditambah dengan gambar-gambar kesan peninggalan Islam Granada akan menjadi lebih menarik.


2) http://islamediation.wordpress.com/2008/12/23/sejarah-islam-andalusia-711-1492/


Laman ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Ianya juga menerangkan latar belakang Kemunculan Kerajaan Andalusia. Ianya lebih menekankan bagai mana usaha penaklukan dan dakwah yang dijalankan oleh Abdul Rahman Al-Ausat. Ia juga menekankan aspek pendidikan yang menjadi perkara utama. Laman ini sesuai untuk dijadikan rujukan. Akan tetapi ianya agak sukar difahami kerana berbahasa Indonesia.


3) http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,19781.msg77336/


Laman web ini merupakan laman web diskusi. Dalam ruangan ini penulis banyak menceritakan tentang peristiwa-peristiwa hitam yang menyayat hati bagaimana detik kejatuhan kerajaan Islam di Andalus ini. Antara kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka.


4) http://sejarah2u.blogspot.com/2009/02/contohi-kegemilangan-islam-andalusia.html

Untuk kajian yang seterusnya adalah berkisarkan kepada sejarah Islam di Andalus. Laman pertama ini merupakan laman blog yang membincangkan sejarah perkembangan Islam di Andalus. Ianya memaparkan info yang berkaitan semangat perjuangan. Laman ini juga cuba mengupas tentang tamadun Islam Andalusia dan kaitannya dengan pembinaan sebuah negara maju zaman moden berdasarkan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dalam Surah Saba' ayat 15. Ianya sesuai dijadikan sumber bacaan dan rujukan.

Laman Web Kerajaan Uthmaniyyah

1) http://ashikinabdullah.com/blog/?p=88

Kerajaan Uthmaniyah merupakan bahagian terakhir dalam kajian laman web ini. Secara ringkasnya laman web ini membincangkan tentang kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah. Penulis ingin memfukuskan tentang orang yang menjadi penyebab kejatuhan kerajaan ini iaitu Mustafa Kamal Antartuk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).


2) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-70190.html

Laman ini juga sama seperti yang sebelum ini tentang pengisiannya. Akan tetapi laman ini mengaitkan tentang peristiwa 1 April yang mana pada ketika itu Umat Islam telah dibunuh beramai-ramai dengan menggunakan tipu daya. Laman ini sesuai dijadikan bahan bacaan. Akan tetapi jika ditambah dengan gambar-gambar kesan peninggalan Islam Granada akan menjadi lebih menarik.


3) http://islamediation.wordpress.com/2008/12/23/sejarah-islam-andalusia-711-1492/

Laman ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Ianya juga menerangkan latar belakang Kemunculan Kerajaan Andalusia. Ianya lebih menekankan bagai mana usaha penaklukan dan dakwah yang dijalankan oleh Abdul Rahman Al-Ausat. Ia juga menekankan aspek pendidikan yang menjadi perkara utama. Laman ini sesuai untuk dijadikan rujukan. Akan tetapi ianya agak sukar difahami kerana berbahasa Indonesia.


4) http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,19781.msg77336/


Laman web ini merupakan laman web diskusi. Dalam ruangan ini penulis banyak menceritakan tentang peristiwa-peristiwa hitam yang menyayat hati bagaimana detik kejatuhan kerajaan Islam di Andalus ini. Antara kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka.
 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies